"Kreatif dan inovatif bukannya sesuatu yang senang untuk diajar. Ia memerlukan seseorang yang mempunyai minat yang besar untuk melakar, mencuba dan mengadaptasikannya menjadi sesuatu yang hambar menjadi menarik"
Monday, 26 March 2018
PEMBELAJARAN BERASASKAN KREATIVITI DAN INOVASI
Untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran, maka guru-guru perlu menyediakan suasana atau mencipta suasana yang menarik dan berkesan. Untuk menarik minat pelajar guru-guru perlu memikirkan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif selain tidak mengabaikan kebajikan dan keperluan sahsiah pelajar. Dengan potensi pelajar yang berbeza, guru perlu mencari teknik terbaik untuk merangsang murid.
PEMBELAJARAN BERASASKAN KONTEKSTUAL
Tuesday, 20 March 2018
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek:
- Projek dijalankan secara individu. atau berkumpulan.
- Penilaian dijalankan pada setiap proses sehingga pada tahap yang telah siap.
- Praktikalnya mengintegrasikan pengetahuan dengan aktiviti.
- Interaksi guru dengan murid berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses.
- Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan secara lengkap.
- Proses ini melibatkan pengumpulan bahan, maklumat, data, memproses maklumat dan data, pelapuran hasil dan refleksi kendiri.
- Projek harus sesuai dengan murid dan juga kurikulum.
- Projek dipilih berasaskan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, dan kebolehan murid.
KERANGKA KEMAHIRAN PEDAGOGI
KEMAHIRAN PEMBELAJARAN & INOVASI
Pembelajaran adalah satu proses interaksi antara murid, guru dan sumber belajar dalam satu persekitaran belajar. Proses pembelajaran melibatkan beberapa fasa iaitu :
1) Fasa 1 : Memperolehi ilmu pengetahuan.
Contoh : Melalui pembelajaran Sains, murid dapat mengetahui bahawa tumbuh-tumbuhan membina makanannya sendiri.
2) Fasa 2 : Proses pembelajaran melibatkan penguasaan kemahiran dan tabiat.
Contoh : Seseorang masak sayuran hijau dengan berhati-hati untuk mengekalkan nutriennya dan menjadikan sayuran sebagai hidangan yang perlu ada dalam sajian kerana sayur membekalkan vitamin, kalsium dan meneral untuk tubuh.
3) Fasa 3 : Proses pembelajaran membentuk sikap dan kepercayaan di kalangan murid.
Contoh : Murid terpaksa untuk memakan sayur kerana sayur-sayuran mampu untuk mencantikkan kulit, menghindar penyakit dan mengekalkan kesihatan tubuh. Oleh yang demikian pembelajaran ialah proses membantu murid agar dapat belajar dengan baik.
KEMAHIRAN MAKLUMAT, MEDIA DAN TEKNOLOGI
Bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses menuju ke arah fasilitation, iaitu melengkapkan guru dan murid dengan peralatan pembelajaran yang lebih baik dan berkesan. Evolusi teknologi ini menyumbang kepada transformasi cara guru mengajar dan cara murid belajar.
Alat untuk bekerja pada abad ke-21 secara meluas menggunakan media digital seperti jaringan sosial dan literasi Teknologi Maklumat dan komunikasi (TMK). Kesedaran kepada teknologi dan aplikasi teknologi hampir keseluruhan aktiviti kehidupan dikenal pasti dapat mengupaya pembangunan daya intelek, sahsiah, dan hubungan sosial seseorang.
Persaingan pada peringkat global dalam perkembangan ilmu dan teknologi menjadi cabaran dalam pedagogi abad ke-21.
Dalam kontek pendidikan, TMK merupakan peralatan teknologi komunikasi yang membentuk sistem rangkaian elektronik yang digunakan untuk mencari, mengumpul, dan menyimpan, memproses, menyalur, dan menyampaikan maklumat secara pantas serta tepat. Peranan guru sememangnya penting untuk membimbing murid dalam melayari internet, mencari maklumat melalui laman sesawang, memilih perisian yang sesuai, mengumpul dan mengurus maklumat untuk pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan kesedaran akan persaingan dan kehendak global.
KEMAHIRAN KEHIDUPAN DAN KERJAYA
Ilmu dan kemahiran merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Sesuatu bangsa yang dapat menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran terbukti dapat mengurus kehidupan dengan baik.
Untuk menghasilkan modal insan yang seimbang dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, seseorang memerlukan penguasan kemahiran kehidupan yang holistik.
Kemahiran-kemahiran tersebut seperti berikut:
1. Kemahiran ilmu agama
2. Kemahiran pengurusan kewangan
3. Kemahiran temu duga
4. Kemahiran dwi bahasa dan Bahasa Inggeris
5. Kemahiran komunikasi
6. Kemahiran pengurusan masa
7. Kemahiran kerja berpasukan
8. Kemahiran kerjaya
Subscribe to:
Posts (Atom)